Afnan Hamimi Taib Azamudden

Afnan Hamimi Taib Azamudden merupakan seorang ilmuwan dan ahli politik Parti Islam Se-Malaysia dari negeri Kedah, Malaysia. Beliau pernah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada tahun 2013 hingga 2015. Selepas kemelut politik Kedah 2020 selesai, beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor[1]. Dalam Parti PAS, beliau merupakan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia selepas dilantik pada 2019[2].